Monday 15 August 2011

Aktiviti Pemadanan Perniagaan di PECIPTA 2011


Aktiviti ini merupakan salah satu cabang pemasaran untuk memberi peluang kepada pihak industri mencari produk inovasi baru yang boleh dibangunkan dan dikomersilkan. Produk-produk tersebut merupakan hasil penyelidikan dan ciptaan dari buah fikiran para akademik dan pelajar daripada universiti seluruh Malaysia. Hasil daripada perbincangan aktiviti pemadanan perniagaan ini bakal memberi peluang kepada penyelidik untuk memahami seterusnya memenuhi keperluan industri dalam usaha untuk mengkomersilkan produk penyelidikan mereka. Di samping itu, sesi pemadanan perniagaan dapat membantu dalam mengembangkan perkongsian yang saling memberi manfaat, usaha sama dan juga menjana pelaburan tanpa sempadan.

Berikut merupakan Newsletter EDISI KHAS untuk Aktiviti Pemadanan Perniagaan PECIPTA 2011. 

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi kami di http://www.pecipta2011.uitm.edu.my/
Jumpa anda di sana!

Wednesday 3 August 2011

TERKINI: Poster rasmi PECIPTA 2011

Tinggal lagi 40 hari dan PECIPTA 2011 akan membuka tirainya. Berikut merupakan poster rasmi bagi PECIPTA 2011. Kami amat mengharapkan agar anda terus menyokong kami sebagai tanda meraikan inovasi dan kreativiti dalam usaha untuk 'MENYEMARAKKAN INOVASI BERSAMA MODEL EKONOMI BARU'.Terima kasih di atas sokongan anda!Dapatkan info terbaru dari kami di http://www.pecipta2011.uitm.edu.my/